Pages

Thursday 31 March 2016

Study Tips ? Study Tips. [[Part 1]]

بسم الله الرحمن الرحيم
 السلام عليكم ورحمة الله وبركته

310316

Alhamdulillah, berbulan tak update blog, hampir 4 bulan habis SPM, hampir sebulan dapat result SPM dan masih menganggur mereput kat rumah.
Tak ambil lesen lagi, tak kerja lagi. Yeah, i'm so fine with it. Hahahaahha.

okay, post ni nak sembang pasal cara belajar bagi calon-calon SPM/PT3. InsyaAllah boleh apply. Dah terbukti berkesan ((InsyaALLAH)) , sebab pengalaman lepas dulu ((zaman PMR masih wujud)) pun apply cara macam ni juga dan alhamdulillah straight A PMR. SPM ? Huhuhu, alhamdulillah berjaya juga.


Let's start with lower form juniors ,

[PT3/ FORM 2 / FORM 1]

take note ya adik-adik, yang paling penting bila nak belajar ialah habluminnallahi habluminnas terutamanya dengan ibu bapa dan guru.

pastikan semua yang ini ada dalam list adik-adik ya ;

> Solat Dhuha, Hajat, Taubat, Tahajjud dan solat-solat sunat yang sekeluarga dengannya
> Ma'thurat Pagi Petang
> Al-Quran setiap kali lepas solat
> Solat 5 waktu
> Puasa sunat

sebab sis ni dari Form 1 dah memang duduk asrama, jadi tak tahu sangat jadual student sekolah harian, tapi insyaAllah benda ni boleh diapplykan oleh student harian juga.


dari segi belajar pula here we go ;

Baru bulan Januari ni, eloklah kiranya nak mula dari awal terutamanya bagi yang PT3 ni, yang form 1 form 2 pun jangan nak main sangat. banyak nak pulun PT3 beb.

First thing first ialah perancangan.

Saya merancang dan saya harap anda juga merancang. RANCANG UNTUK BERJAYA.

Kaji silibus semua subjek, setiap subjek ada berapa bab, berapa lama boleh ambil masa untuk study semua dan cover semua.

untuk calon PT3 , setkan dalam diri pastikan sebelum bulan 6 dah habis study sendiri semua tajuk untuk semua subjek.

  [JANGAN KATA TAK SEMPAT YA ADIK-ADIK, PENGURUSAN MASA SANGAT PENTING BAGI TAHUN PEPERIKSAAN.]

saya dulu waktu form 3 pun masuk ko-ku, wakil sekolah sana sini, tapi hadkan diri adik-adik sampai bulan 3 atau bulan 4 je aktiviti tu. pastu fokus belajar.


Bagi yang nak masuk SBP/MRSM lepas PT3, lagi kena struggle.


ini pengalaman saya sendiri, SBP/MRSM semua ikut rezeki masing-masing. Saya percubaan PMR, PMR betul pun alhamdulillah straight A, ko-ku pun okay. itupun dapat panggilan terakhir SBP, bulan Jun.

Sebab tulah saya kata, ini semua rezeki. Sebab tu kalau boleh Solat Dhuha jadikan amalan. Semoga Allah limpahkan rezeki. Rezeki kejayaan dan kebiijaksanaan supaya boleh banggakan ibu bapa.

Untuk Matematik, Sains, Geografi dan Sejarah baca dan faham. Jangan hafal.

LATIHAN SANGAT PENTING.


dari awal tahun, carilah buku-buku untuk support pemahaman kita untuk subjek yang kita susah nak kuasai.

saya dulu Matematik. Hahaha, kalau boleh semua jenis jenama buku yang ada kat kedai buku tu nak beli ((buatnya....tidak............)) tapi sekat nafsu nak beli banyak banyak buku tu. huhuhuh

beli dua tiga je.

TIPS BELI BUKU MATEMATIK : 

CARI YANG ADA JALAN KERJA SEKALI DALAM JAWAPAN . SENANG NAK RUJUK YA ADIK-ADIK :)


Lagi satu pesanan, belajar ni memang kena banyak korban. Korban masa, jiwa, tenaga, duit. Semualah.

Paling penting, jadikan ibu bapa sebagai motivasi untuk belajar. Baru up sikit semangat nak belajar tu kalau ingat ibu ayah kan. Pakwe ? Makwe ? huhuhuh. Put it aside first ya. Fikir belajar dulu, hala tuju hidup guane yaaa.


Ada perasan tu normal, saya pun ada je suka-suka orang. Normal lah, dah remaja kan. huhuhuhu, tapi kena rasional lah ya.

Lagi satu NOTA SEMASA BELAJAR juga penting (!)

saya dulu waktu cikgu bercakap dalam kelas akan buat nota, supaya senang nak rujuk. Cari satu buku dan sumbat semua nota cikgu dalam tu pun okay jugak. sediakan bookmark untu asingkan subjek.

Last untuk adik-adik ialah TRACK RECORD  .

Apa tu TRACK RECORD ? 

Rentetan result adik-adik dari first exam of the year.

Tengok macam mana performance adik-adik kay. Meningkat ke, menurun ke sama je.

Itu pun main peranan tu.

Sediakan target result untuk subjek subjek exam.

Contoh Exam Penggal 1 dapat C untuk Sains, kaji balik kertas exam, kenapa boleh dapat C ? Macam mana nak baiki ? Apa yang kurang. Biasa yang salah tulah kita tak berapa kukuh lagi dari segi pemahaman, teknik dan konsep.

Kalau saya, saya akan cari orang yang dapat A untuk paper tu dan study kertas exam dia, macam mana jawapan dia boleh dapat markah, jawapan saya tak dapat markah. Banding beza.

Then, untuk next exam target jangan terus nak tinggi. Exam kali ni C , exam depan terus nak A.
Sikit-sikit lah. Cuba target untuk B.

Bila exam akan datang tu dah tiba, tengoklah macam mana result kita. Capai target atau tidak. Kalau tak capai target, analysis apa yang kurang dan perbaiki.

Susah ? Malas ?

Takda apa yang senang dan mudah kalau nak berjaya ya. Korban sikit je. insyaAllah boleh.


Selesai bahagian adik-adik. Ni turn kakak abang pulak.

Nanti di Part II :))
 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS