Pages

Thursday 31 March 2016

Study Tips ? Study Tips. [[Part II]]

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركته



Okay, now Part II guys ! SPM candidates, take note!

SPM 

Confirm lah Form 4 dgn Form 5 je. Without no doubt. Cehh.

Okay, tips bahagian kerohanian sama je macam adik-adik junior. ((Boleh baca dekat di post sebelum ni :D))  Cuma dekat sini saya nak tekankan lebih khusus bagi subjek-subjek tertentu.

[Maaflah untuk yang tak ambil subjek sains, sebab saya ambil subjek sains jadi cuba kongsi tips untuk student sains]

Okay let's start with ORGANISING.

 Dah naik form 4 form 5 ni adik-adik dah kena mula buat sistem filing atau bahasa melayu nya sistem perfailan. Apa semua segala nota masuk dalam fail. Sediakan fail ikut subjek SPM adik-adik.

Kalau amik 11 subjek, 11 fail. Kalau 10 subjek, 10 lah. Kalau 9 subjek, maka 9 lah fail nya
Jangan lupa, label sekali fail-fail tu.

macam ni pun boleh


Saya mula buat sistem ni dari form 4. guna semua nota-nota ni waktu nak dekat SPM.. Sangat berguna.

Mulakan dengan subjek teras dulu.

BM : Disebabkan saya suka cari nota-nota pelajaran melalui internet, maka saya banyak download nota-nota komsas, karangan, peribahasa. Gunakan Internet dan media sosial sebaiknya. Kemudain saya print. huhuhuhu. Banyakkan membaca karangan aras tinggi macam karangan student universiti. Penggunaan bahasa bombastik dan ayat gramatis sangat diperlukan. Rajin-rajinlah korek ayat-ayat gramatis dan ayat bombastik tu.

BI : Tiada cara yang mudah untuk skor english melainkan membaca. Jangan malas ya anak-anak. Saya selalu baca novel english untuk dapatkan tune how English people write and talk. Tapi, jangan pulak pi apply how they talk dalam essay. Bahaya tu, nanti kata ajaran Kak Mardiah ni. MasyaAllah, jangan tau. Then, sediakan satu note book dalam tu tulis lah phrase-phrase bombastic , idioms, descriptive words pe semua. Biasakan diri dengan penggunaan THESAURUS dan BI-BI-BM. Barulah kaya vocabulary dan boleh score english. Yeay !

BAT :  Huhuhu, saya sampai trial SPM pun Arab B . Sobs. Sobs. Sobs. Sis tak pandai Arab T.T. Tapi saya study guna modul Fuyoo! Arab. ((For those yang ambil subjek arab tahu kot buku ni)). Lagipun soalan Arab ni kalau faham kaedahnya insyaAllah boleh jawab sebab biasa soalannya berulang, contoh berulang. Vocabulary harus kaya.

SEJ : Saya baca , khatam, hadam buku teks form 4/ form 5. itu je jalannya. nota-nota cikgu bagi semua simpan. modul-modul pun siapkan untuk bekalan SPM. Oh, tengok juga ya contoh soalan KBAT dan jawapannya.

MATHS : Pastikan asas matematik form 3 kukuh tau. sebab akan bawa sampai SPM. Yang penting kaji soalan KBAT. Zaman KBAT ni tak mudah anak-anak. Apa pun konsep soalan KBAT ni, soalan je yang KBAT, konsep asas masih sama. yang penting apa ? LATIHAN.

Done with core subjects. Now is elective subject time !


ADDMATHS : Ini tiada jalan mudah. Latihan saja. Let Kak Mardiah spill the bitter truth, sepanjang dua tahun belajar addmaths, gred paling tinggi hanyalah C+, itu pun result SPM betul, yang selebihnya cukup makan hanya lulus sahaja. Tsk Tsk Tsk. Mungkin faktor tak cukup usaha, tapi takpalah. sis redho seadanya. So sebelum SPM tu memang pulun buat modul sbp dan soalan soalan trial negeri lain, ini memang kena rajin koreklah sumber sumbernya ya!

BIO : Okay, noted that ini cara saya belajar, kalau rasa sesuai dengan jiwa boleh aplikasi, kalau tak sesuai boleh cuba cara lain, sebab setiap orang berbeza caranya :) Saya belajar dengan baca buku rujukan. Ya. Kulit ke kulit saya baca. SETIAP PERKATAAN, PROSEDUR, EKSPERIMEN DAN ISTILAH SAYA BACA, BUKAN HAFAL. Ada beza tau kaedah BACA DAN FAHAM dengan kaedah HAFAL. 


HAFAL -   Membabi buta hafal, tak tahu apa maksud, tak faham apa proses. Bila exam, lupa. sia sia. Tak guna hafal. Exam fail, dilanda kemurungan.

BACA DAN FAHAM - Baca satu satu, faham satu satu. semua proses faham macam mana . eksperimen tahu. Bila exam insyaAllah tahu nak jawab apa sebab kita faham. Namak sikit-sikit hint dah okay dah, insyaAllah boleh jawab. Exam markah tak tinggi ? Tak cukup kefahaman lagi atau salah teknik jawab soalan.

CARA TACKLE SETIAP PAPER  

PAPER 1 ; Ikut jenis exam. Kalau awak form 5 nak jawab exam awal tahun, akak cadangkan download soalan ujian diagnostik sbp. Uji kemahiran pengetahuan tingkatan 4. Jangan download semata. Buat juga tau. Okay then, you guys boleh buat 50/50 soalan form 4 dan tengok sejauh mana korang faham kay . Buat self-correction. Macam ni kay ? Then soalan salah tu boleh notekan tengok sebab kenapa jawab salah dan cari jawapan yang betul. Time nak dekat exam revise balik soalan yang salah dengan jawapan yang betul tu. InsyaAllah membantu.






PAPER 2 ; Saya selalu rujuk  blog cikgu heery ni, ((click to go straight to the link)) . Serious talk, godamlah blog dia sampai bawah bawah, memang notes dia semua pattern nak jawab exam kay! Baca semua ya :)

PAPER 3 ; Ni pun saya baca experiment dari buku rujukan , then extract ambil yang penting je. Macam tujuan , pemboleh ubah dan semua yang seangkatan dengannya. Extract awal awal, salin dalam kertas/buku then waktu exam baca je!


KIM :  Saya dulu guna modul kimia Nilam Publications, ((alah yang ada gambar lemon lemon tu)) uhuks, semua SBP pakai buku ni as yang tulis modul tu pun cikgu SBP. Okay, siapa yang guna modul tu, boleh minta pada cikgu kimia korang edisi guru punya, sebab dalam tu dah ada complete jawapan semua, senang nak revision. hah, dah mintak tu pi fotostat satu buku tu . Senang. Time exam itulah reference korang. Jawapan dalam buku tu memang format exam sangat.

Kimia ni senang nak tackle sebab konsep dia sama  cuma soalan je dia KBATkan. So senanglah nak dapat markah. Saya guna cara yang sama juga untuk study paper 1,2,3 kimia macam mana saya study bio.

FIZ :  Fizik ni sejujurnya saya tak study sangat pun, sebab cikgu kat sekolah banyak bagi modul dan saya siapkan semua modul yang cikgu bagi. No excuses! Tidur lambat atau tak, mesti kena siapkan. Sebab kalau cigu bagi tu mesti ada sebab, jangan nak bising , merungut banyak kerja ke apa eh. Nak berjaya kan ? Fizik ni short notes dia saya banyak extract definition terms je dari buku rujukan. Macam apa maksud gelombang, maksud prinsip Bernoulli. Hah camtu je. Selebihnya paper 1,2,3 maacam paper bio juga. Sama.

PSI & PQS : Ana yang ni baca buku teks je, dan kaji cara jawab soalan KBAT. Alhamdulillah yang ni senang nak skor.




Okay, so this is it. 11 subjek saya dah bagi cara. Terpulang pada anda nak ikut atau tidak. Untuk pengetahuan adik-adik, saya bekas pelajar SBP dan juga asrama harian. I know how the struggle of hostelians. Penat tu memang penat. Tapi Allah pandang usaha kan ?


"Betul ke cara Kak Mardiah ni berkesan ????"



----- Lain orang lain cara dik. Alhamdulillah berkesan untuk akak dan memang nampak hasil. SPM baru ni dapat 9A1B+1C+. B+ fizik, C+ addmaths. Alhamdulillah 'ala kulli hal. Apapun pesan akak, jangan belakangkan Allah dan ibu ayah. Moga berjaya. Bittaufiq wannajah :)

Study Tips ? Study Tips. [[Part 1]]

بسم الله الرحمن الرحيم
 السلام عليكم ورحمة الله وبركته

310316

Alhamdulillah, berbulan tak update blog, hampir 4 bulan habis SPM, hampir sebulan dapat result SPM dan masih menganggur mereput kat rumah.
Tak ambil lesen lagi, tak kerja lagi. Yeah, i'm so fine with it. Hahahaahha.

okay, post ni nak sembang pasal cara belajar bagi calon-calon SPM/PT3. InsyaAllah boleh apply. Dah terbukti berkesan ((InsyaALLAH)) , sebab pengalaman lepas dulu ((zaman PMR masih wujud)) pun apply cara macam ni juga dan alhamdulillah straight A PMR. SPM ? Huhuhu, alhamdulillah berjaya juga.


Let's start with lower form juniors ,

[PT3/ FORM 2 / FORM 1]

take note ya adik-adik, yang paling penting bila nak belajar ialah habluminnallahi habluminnas terutamanya dengan ibu bapa dan guru.

pastikan semua yang ini ada dalam list adik-adik ya ;

> Solat Dhuha, Hajat, Taubat, Tahajjud dan solat-solat sunat yang sekeluarga dengannya
> Ma'thurat Pagi Petang
> Al-Quran setiap kali lepas solat
> Solat 5 waktu
> Puasa sunat

sebab sis ni dari Form 1 dah memang duduk asrama, jadi tak tahu sangat jadual student sekolah harian, tapi insyaAllah benda ni boleh diapplykan oleh student harian juga.


dari segi belajar pula here we go ;

Baru bulan Januari ni, eloklah kiranya nak mula dari awal terutamanya bagi yang PT3 ni, yang form 1 form 2 pun jangan nak main sangat. banyak nak pulun PT3 beb.

First thing first ialah perancangan.

Saya merancang dan saya harap anda juga merancang. RANCANG UNTUK BERJAYA.

Kaji silibus semua subjek, setiap subjek ada berapa bab, berapa lama boleh ambil masa untuk study semua dan cover semua.

untuk calon PT3 , setkan dalam diri pastikan sebelum bulan 6 dah habis study sendiri semua tajuk untuk semua subjek.

  [JANGAN KATA TAK SEMPAT YA ADIK-ADIK, PENGURUSAN MASA SANGAT PENTING BAGI TAHUN PEPERIKSAAN.]

saya dulu waktu form 3 pun masuk ko-ku, wakil sekolah sana sini, tapi hadkan diri adik-adik sampai bulan 3 atau bulan 4 je aktiviti tu. pastu fokus belajar.


Bagi yang nak masuk SBP/MRSM lepas PT3, lagi kena struggle.


ini pengalaman saya sendiri, SBP/MRSM semua ikut rezeki masing-masing. Saya percubaan PMR, PMR betul pun alhamdulillah straight A, ko-ku pun okay. itupun dapat panggilan terakhir SBP, bulan Jun.

Sebab tulah saya kata, ini semua rezeki. Sebab tu kalau boleh Solat Dhuha jadikan amalan. Semoga Allah limpahkan rezeki. Rezeki kejayaan dan kebiijaksanaan supaya boleh banggakan ibu bapa.

Untuk Matematik, Sains, Geografi dan Sejarah baca dan faham. Jangan hafal.

LATIHAN SANGAT PENTING.


dari awal tahun, carilah buku-buku untuk support pemahaman kita untuk subjek yang kita susah nak kuasai.

saya dulu Matematik. Hahaha, kalau boleh semua jenis jenama buku yang ada kat kedai buku tu nak beli ((buatnya....tidak............)) tapi sekat nafsu nak beli banyak banyak buku tu. huhuhuh

beli dua tiga je.

TIPS BELI BUKU MATEMATIK : 

CARI YANG ADA JALAN KERJA SEKALI DALAM JAWAPAN . SENANG NAK RUJUK YA ADIK-ADIK :)


Lagi satu pesanan, belajar ni memang kena banyak korban. Korban masa, jiwa, tenaga, duit. Semualah.

Paling penting, jadikan ibu bapa sebagai motivasi untuk belajar. Baru up sikit semangat nak belajar tu kalau ingat ibu ayah kan. Pakwe ? Makwe ? huhuhuh. Put it aside first ya. Fikir belajar dulu, hala tuju hidup guane yaaa.


Ada perasan tu normal, saya pun ada je suka-suka orang. Normal lah, dah remaja kan. huhuhuhu, tapi kena rasional lah ya.

Lagi satu NOTA SEMASA BELAJAR juga penting (!)

saya dulu waktu cikgu bercakap dalam kelas akan buat nota, supaya senang nak rujuk. Cari satu buku dan sumbat semua nota cikgu dalam tu pun okay jugak. sediakan bookmark untu asingkan subjek.

Last untuk adik-adik ialah TRACK RECORD  .

Apa tu TRACK RECORD ? 

Rentetan result adik-adik dari first exam of the year.

Tengok macam mana performance adik-adik kay. Meningkat ke, menurun ke sama je.

Itu pun main peranan tu.

Sediakan target result untuk subjek subjek exam.

Contoh Exam Penggal 1 dapat C untuk Sains, kaji balik kertas exam, kenapa boleh dapat C ? Macam mana nak baiki ? Apa yang kurang. Biasa yang salah tulah kita tak berapa kukuh lagi dari segi pemahaman, teknik dan konsep.

Kalau saya, saya akan cari orang yang dapat A untuk paper tu dan study kertas exam dia, macam mana jawapan dia boleh dapat markah, jawapan saya tak dapat markah. Banding beza.

Then, untuk next exam target jangan terus nak tinggi. Exam kali ni C , exam depan terus nak A.
Sikit-sikit lah. Cuba target untuk B.

Bila exam akan datang tu dah tiba, tengoklah macam mana result kita. Capai target atau tidak. Kalau tak capai target, analysis apa yang kurang dan perbaiki.

Susah ? Malas ?

Takda apa yang senang dan mudah kalau nak berjaya ya. Korban sikit je. insyaAllah boleh.


Selesai bahagian adik-adik. Ni turn kakak abang pulak.

Nanti di Part II :))
 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS